"Kursus Kahwin Manjalara - Kursus Kahwin Berdekatan Kepong, Damansara dan Selangor. Booking Slot Anda Segera TANPA Deposit!"
Selamat Datang ke Kursus Kahwin Manjalara – Pilihan Utama Bakal Pengantin di pinggiran Selangor
Adakah anda mencari kursus kahwin yang:
✅ Lokasinya strategik?
✅ DIIKTIRAF oleh JAWI & JAKIM?
✅ Modul mantap dari JAKIM – lengkap dan mudah difahami?
✅ Kursus kahwin yang tak lama – satu hari setengah sahaja. Dan tiada ujian?
Manakala SIJIL KURSUS KAHWINNYA pula:
✅ TIADA TARIKH LUPUT?
✅ SAH LAKU BOLEH DIGUNAKAN untuk memohon kebenaran berkahwin kat seluruh Malaysia?
Jika YA, Kursus Kahwin Manjalara adalah jawapan terbaik untuk anda! Kami menyediakan pengalaman kursus kahwin yang mudah, menyeronokkan, dan berpatutan – sesuai untuk anda yang tinggal di kawasan Damansara, Damansara Damai, Damanasara Perdana, Kota Damansara, Bandar Utama, Taman Tun, Kepong, Sri Damansara, Sungai Buloh dan sekitarnya.
Jangan risau tentang lokasi kami! Lokasi kami mudah diakses dan dilengkapi dengan kemudahan terbaik untuk memastikan keselesaan anda sepanjang kursus.
Kenapa Pilih Kursus Kahwin Manjalara?
Kami memahami keperluan muda-mudi dan bakal pengantin. Sebab itulah kami menawarkan kursus yang bukan sahaja bermanfaat tetapi juga memberikan pengalaman yang menyenangkan.
6 Sebab Kenapa Kami Menjadi Pilihan:
#1. Lokasi Strategik:
Terletak di Manjalara, dekat dengan Damansara, Kepong, Sungai Buloh dan kawasan sekitar. Malah dah tak jauh kalau anda dari Shah Alam.
#2. Modul Diiktiraf JAKIM:
Kursus kami memenuhi semua keperluan rasmi mengikut MODUL JAKIM, secara ringkasnya ianya merangkumi topik-topik penting seperti:
a. Komunikasi dalam rumah tangga – cara yang betul suami isteri berkomunikasi yang ramai tak sedar atau belum tahu.
b. Pengurusan kewangan keluarga – betul. Duit bukan segala-galanya. Tetapi banyak rumah tangga yang porak-peranda disebabkan oleh masalah kewangan. Elakkan.
c. Hak dan tanggungjawab suami isteri – ramai yang tak sedar atau salah faham tentang hak sebenar seorang suami dan hak sebenar seorang isteri dari segi hukum dan undang-undang syariah. Rugi besar kalau tak tahu.
d. Hukum-hakam dalam perkahwinan – apa yang wajib, apa yang harus dan apa yang haram dalam perkahwinan? Penting kena tahu kalau nak bahagia hingga ke Jannah.
e. Cara yang betul nak ‘memohon kebenaran berkahwin’ – penting sangat kena tahu untuk dapat kelulusan kahwin. Terutama kalau perkahwinan berlainan daerah atau negeri. Elakkan salah langkah supaya tak stress dan risau-risau.
#3. Penceramah Yang Berpengalaman:
Tenaga pengajar kami adalah profesional, mesra, dan berpengalaman luas dalam menyampaikan modul JAKIM dengan cara yang santai dan mudah difahami.
#4. Kemudahan Lengkap:
Dewan berhawa dingin, tempat duduk yang selesa, makanan disediakan tiga kali sepanjang kursus berlangsung, dan parkir yang luas serta percuma.
#5. Proses Booking atau Daftar Yang Mudah:
Booking atau pendaftaran semudah WhatsApp, dan yuran boleh dijelaskan pada hari kursus berlangsung. Jadi anda tak bimbang takut-takut kena scam.
#6. Nombor Handphone Ustaz dan Ustazah Penceramah:
Sangat penting untuk anda dapatkan nombor handphone ustaz dan ustazah penceramah supaya anda boleh hubungi, minta pendapat atau panduan walaupun setelah kursus kahwin telah tamat. Jadi, apabila buntu, tidaklah anda tercari-cari info atau panduan yang belum tentu sahih yang banyak di internet.
Apa yang Anda Akan Pelajari?
Kursus kahwin ini dirancang untuk membantu anda bersedia sepenuhnya untuk melangkah ke dalam kehidupan berumahtangga. Ketahui kisah-kisah perkahwinan dan rumah tangga sebenar yang tak ramai belum tahu. Ada kisah yang kelakar, ada kisah yang sedih, malah ada yang mungkin anda tak pernah dengar sebelum ini. Yang penting, kisah-kisah ini boleh dijadikan teladan dan panduan dalam perkahwinan anda. Secara ringkasnya, ia merangkumi:
- Asas Perkahwinan Menurut Islam: Panduan hukum-hakam perkahwinan.
- Komunikasi & Konflik Rumah Tangga: Teknik berkomunikasi yang harmoni.
- Pengurusan Kewangan Keluarga: Cara mengurus belanjawan pasangan.
- Kesihatan Mental & Emosi: Tips menjaga keseimbangan mental dalam perkahwinan.
- Tanggungjawab Suami Isteri: Memahami hak-hak pasangan.
Lokasi Kami – Mudah Diakses dari Pelbagai Kawasan
Lokasi
Kursus kahwin Manjalara berada berhampiran dengan kawasan-kawasan utama Kuala Lumpur dan Selangor.
Ianya amat sesuai bagi muda mudi, pasangan dan bakal pengantin yang berada di area:
√ Kepong
√ Sri Damansara
√ Damansara Damai
√ Sungai Buloh
√ Kampung Subang
√ Damansara Perdana
√ Kota Damansara
√ Bandar Utama
√ Taman Tun
√ Damansara Utama
√Dari Shah Alam pun dah tak jauh. Dalam 28 km sahaja.
Dengan kerjasama:
Lokasi Tepat
Penganjuran kursus kahwin Manjalara adalah di dewan ceramah Masjid Al-Imam Al-Ghazali yang lengkap dengan pelabagi kemudahan terbaik untuk keselesaan jemaah dan para peserta kursus kahwin seperti:
1. Dewan ceramah yang lengkap dengan alat audio visual.
2. Berhawa dingin.
3. Parking yang luas dalam kawasan masjid. Free pulak tu.
4. Tandas yang terbaik dan selesa.
5. Terdapat stesen minyak satu row dengan masjid (200 meter) – Petronas, Shell dan Petron.
6. Kemudahan ATM di stesen minyak tersebut.
7. Suasana yang tenang dan damai dengan keindahan ruang dalaman bangunan masjid (lihat gambar-gambar di bawah).
Jadual & Tarikh Kursus Kahwin Terkini
Untuk memudahkan anda, kursus kahwin yang kami anjurkan ini hanyalah sesingkat satu hari setengah sahaja. Yang mana kursus kahwin ini tamat pada pukul 2.30 petang pada hari kedua kursus.
Details
Penganjuran kursus kahwin pada setiap hari Sabtu dan Ahad – walaupun ianya jatuh pada hari cuti umum (kecuali pada hari cuti Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji).
Aturcaranya:
1. Sabtu (hari 1)
+ 8 pagi: ambil file, buku dan sarapan
+ 8.50 – 9 pagi: taklimat
+ 9 pagi – 6.30 petang: kursus berlangsung
+ 6.30 petang: para peserta bersurai
(ada break antara topik, waktu rehat dan makan 1-2 tengahari dan waktu solat Asar)
2. Ahad (hari 2)
+ 8.30 pagi – 2.30 petang
+ 2.30 petang: kursus TAMAT
(ada break antara topik, waktu rehat dan makan 10.30 pagi)
Nota: sepanjang kursus kahwin berlangsung: 3 kali makan-makan disediakan untuk semua peserta (breakfast, lunch pada hari pertama; dan bruch pada hari kedua).
🚨 Tempat adalah terhad! Pastikan anda menempah slot awal untuk tarikh yang anda pilih.
Yuran dan Cara Booking/Daftar
Yuran kursus kahwin yang telah ditetapkan oleh pihak JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) untuk di kawasan Wilayah Persekutuan adalah yuran yang sama sejak tahun 2014.
Walaupun ada khabar-khabar angin tentang kenaikan yuran kursus kahwin di Wilayah Persekutuan tidak lama dulu dan ada negeri yang sudah naikkan yuran kursus kahwin, sehingga kini, pihak JAWI MASIH KEKAL jumlah harga kursus kahwin atau yuran kursus kahwin ini.
💰 Yuran kursus kahwin:
- RM120 untuk setiap peserta (all termasuk makan-makan, buku, sedikit alatulis, penceramah, crew urus setia dan sijil kursus kahwin).
- Anda boleh buat booking atau daftar TANPA bayaran deposit. Dan yuran boleh dijelaskan pada hari anda handir ke kursus kahwin nanti.
📋 Cara Mendaftar:
- Klik butang WhatsApp Urus Setia atau klik poster tarikh kursus kahwin pada laman web ini.
- Buat pertanyaan atau booking, ataupun daftar dengan berikan Urus Setia maklumat: Nama + IC + Nombor Handphone + Tarikh Pilihan.
- Tunggu reply dari Urus Setia.
Klik butang di bawah untuk mula mendaftar sekarang!
👉 [Daftar Sekarang]
Soalan Lazim (FAQ)
Q1: Adakah kursus kahwin ini diiktiraf oleh JAKIM?
A1: Ya, kursus kahwin kami ini diiktiraf sepenuhnya oleh JAKIM. Malah ianya diiktiraf oleh semua Jabatan Agama Islam negeri di Malasyia kerana ianya menggunakan modul pembelajaran JAKIM.
Q2: Adakah sijil kursus kahwin ini ada tarikh luput atau tarikh expiry?
A2: Sijil kursus kahwin yang dikeluarkan oleh JAWI ini TIADA tarikh luput atau TIADA expiry date.
Q3: Adakah sijil kursus kahwin ini boleh digunakan oleh negeri-negeri lain untuk permohonan kebenaran berkahwin?
A3: Ya. Sijil kursus kahwin ini SAH LAKU untuk digunakan oleh semua negeri Malaysia bagi tujuan permohonan kebenaran berkahwin.
Q4: Boleh ke saya join kursus kahwin ini kalau saya masih single, belum nak berkahwin atau belum bercadang nak nikah?
A4: Boleh. Tiada masalah. Sebab sijil kursus kahwin ini TIADA tarikh luput.
Q5: Boleh ke saya sertai kursus kahwin ini tanpa bawa pasangan?
A5: Boleh. Tiada masalah.
Q6: Apa yang perlu saya bawa ke kursus?
A6: Hanya kad pengenalan dan satu salinan kad pengenalan.
Q7: Bagaimana jika saya tidak boleh hadir pada tarikh yang telah dipilih?
A7: Hubungi kami untuk menetapkan semula tarikh kursus.
Q8: Adakah makanan disediakan?
A9: Ya, sarapan, makan tengah hari (hari pertama) dan makan pagi (bruch, hari kedua) disediakan.
Hubungi Kami
📞 Hotline/Urus Setia 24/7 (Puan Shakiroh): 019 6457797
💬 WhatsApp: Klik link WhatsApp: https://kursuskahwinmanjalara.wasap.my
Penafian (Disclaimer)
Laman web ini disediakan untuk memberikan maklumat mengenai kursus kahwin yang dianjurkan oleh Siarra Ventures. Walaupun kami berusaha memastikan bahawa semua maklumat yang disediakan adalah tepat dan terkini, kami tidak menjamin kesahihan, ketepatan, atau kelengkapan maklumat yang dipaparkan berikutan perubahan maklumat, prosedur atau peraturan yang mungkin akan berlaku pada waktu semasa atau pada masa akan datang.
Kandungan di laman ini termasuk teks, grafik, dan bahan lain adalah milik Siarra Ventures atau digunakan dengan izin dan dilindungi undang-undang hak cipta. Penggunaan tanpa keizinan dilarang.
Pihak pengurusan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan, kehilangan, atau kerosakan yang timbul akibat penggunaan maklumat dari laman web ini. Pengguna dinasihatkan untuk menghubungi pihak penganjur secara langsung bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai jadual, yuran, dan syarat penyertaan kursus.
Sebarang pautan ke laman web pihak ketiga adalah untuk kemudahan pengguna dan tidak bermaksud kami mengesahkan kandungan laman tersebut. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan, dasar privasi, atau amalan laman web luar yang dipautkan.
Dengan menggunakan laman web ini, anda bersetuju bahawa segala risiko penggunaan adalah di bawah tanggungjawab anda sendiri.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui maklumat yang disediakan pada laman web ini.